Monday, June 2, 2014



Penulis blog ini telah berpindah ke






Tuesday, April 29, 2014

Urut Refleksi Untuk Sembelit

Untuk memenuhi janji kepada sahabat blogger saya, di sini ingin saya bercerita sedikit mengenai urut refleksi yang telah saya lakukan pada anak bongsu saya semalam. 

Dijadikan cerita, anak bongsu ni baru aje berumur 3 tahun. Seronok sangat dapat makan biskut gula cecah air teh yang abang dengan kakak dia buatkan. Dua hari berturut-turut dia makan. Mungkin teh yang dibuat kakak dan abangnya tu terlalu pekat, maka petang semalam dia mengadu susah nak "melabur" (dengan kata lain sembelit.) 

Setelah lama dia duduk diam (dia masih memakai pampers) untuk melaksanakan urusannya, dia pandang pada saya dengan sedih, terus dia menangis. Saya pun pergi kepadanya  dan cuba mengurut perutnya, dan dia pun mencuba sekuat hati meneran. Tetapi agaknya tak berhasil. Mungkin sakit sangat dah agaknya, dia terus menangis menjerit....kusssss semangat, luruh jantung mendengarkannya...ye lah, mak mana yang boleh dengar anak dia meraung kesakitan, betul tak? 

Saya dah kelam kabut dah, tak tahu nak buat apa...diurut-urut perutnya makin dia menjerit. Teringat pulak pada carta urut refleksi yang ada dalam simpanan, cepat-cepat saya pergi rujuk. Melihat titik-titik yang patut dipicit, apa lagi, terus ajelah menjalankan operasi memicit depan perut dan bahagian belakang, plus pada kakinya. Masa tu tak ingat apa dah, sesambil dengar anak meraung, sambil memicit, tak putus-putus jugak doa minta ikhtiar saya ni berhasil....

Setelah agak lama memicit, dalam 5-8 minit rasanya (memang terasa lama sebab sambil dengar anak menangis), akhirnya dia slow down dan cakap "dah....". Berkali-kali saya tanya "Betul ni dik? Dah siap? Berjaya dah?"...sambil teresak-esak dia angguk dan cakap "Dah, adik berjaya..." Fuuuhhh....lega giler rasanya masa tu, alhamdulillah sangat-sangat.

Nak share sikit tempat titik-titik yang dipicit tu...sebenarnya titik refleksi ni banyak...seluruh badan ada, kat tangan ada, kat kaki ada...tapi yang nak saya kongsikan di sini yang bahagian badan sahaja. Nantilah, bila ada kelapangan dan jika ramai yang ingin tahu, boleh juga saya kongsikan untuk masalah-masalah lain. 

Yang ini untuk sembelit sahaja tau...


Nampak tak gambarnya? Saya senaraikan titiknya ya...
1)   Titik Cung Wan - 4 jari atas pusat
2)   Titik Tien Su - 3 jari di kanan dan kiri pusat
3)   Titik Ta Ci - 3 jari di bawah pusat ke kiri dan kanan (selari dengan Tien Su)
4)   Titik Ta Cang Su - 2 jari di sisi tulang pinggang ke-4
5)   Titik Siao Cang Su - 2 jari di sisi tulang pinggang ke-1
Jangan risau kalau tak pasti tang tulang pinggang tu....janji kita picit area yang bersesuaian, sedikit sebanyak pasti terkena jugak.

Untuk bahagian kaki, namanya titik Cu San Li (tak de gambar) - 3 jari bawah tempurung lutut arah ke luar sedikit. 

Semua titik-titik di ataslah yang saya picit semalam....alhamdulillah, dengan izin Allah, ia berhasil. 
Mungkin boleh cuba ya?


Tuesday, January 8, 2013

Fiber?

Kita sering diberitahu, makanlah fiber untuk kesihatan. Apakah dia yang dinamakan fiber itu? Dari mana kita boleh dapat fiber?

Secara mudahnya, fiber adalah sejenis molekul gula yang boleh dijumpai di dalam makanan tertentu yang tidak boleh dipecahkan oleh badan manusia. 

Terdapat dua jenis fiber iaitu :
  • Soluble - boleh larut dalam air. Fungsi fiber ini adalah untuk membawa makanan yang diproses ke dalam usus kecil kita.
  • Insoluble - yang tidak larut dalam air tetapi akan membesar apabila ia menyerap air. Seperti span. Ia membolehkan serapan makanan dipercepatkan selepas ia masuk ke dalam usus kecil , bertindak seolah-olah seperti "cleaner" yang mengaut semua benda termasuk air dan akhirnya menghasilkan bahan tinja yang "lunak". Pakar pemakanan ada menyatakan bahawa kalau nak tahu kesihatan usus kita, lihatlah pada bahan tinja yang kita hasilkan. Itu lain cerita ya...
Fiber boleh diperolehi daripada:
  • buah-buahan seperti apple, pisang, oren, pear, berries dan seumpamanya
  • sayur-sayuran seperti kacang peas, jagung manis, brokoli, kentang
  • bahan lain seperti kacang almond dan oat.
Bagusnya fiber ini adalah ia boleh membersihkan usus kita dari sisa-sisa makanan yang terlekat tak habis keluar. Jika kita kurang mengambil fiber, lama-kelamaan usus kita akan menjadi sarat dengan bahan-bahan sisa yang terlekat pada dinding-dinding usus yang berambut (vilus) 

Apabila usus dah sarat, maka agak sukar untuk menyerap zat makanan yang melalui usus. Lama-kelamaan, usus akan menjadi botak dan di situ lah timbulnya rasa tidak enak pada perut sehingga peringkat yang paling teruk membawa kepada kanser usus. 

Maka, perhatikanlah diet fiber di dalam pemakanan kita. Jangan tinggalkan ia sama sekali!!
Powered by Blogger.